Friday, May 8, 2009

Perutusan Presiden MPM UniKL Sesi 08/09


Assalamualaikum wrt wbt.

Salam Ukhuwwah, Salam Persahabatan

Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan TAHNIAH dan SYABAS buat semua pelajar UniKL yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka di dalam pemilihan JPM di peringkat campus cawangan dan juga di peringkat MPM UniKL. Saudara-saudari telah memberikan kepercayaan dan sokongan yang amat jitu. Saya yakin dengan perlantikan barisan JPM dan juga MPM yang baru ini akan menambahkan lagi semangat kita untuk lebih berusaha dan beriltizam menjadi yang terunggul di setiap lapangan yang kita ceburi.

Sesi ini adalah sesi MPP ke-IV sepanjang usia tertubuhnya UniKL. Pada sesi kali ini, MPM diperkuatkan dengan 12 orang Exco dan kami akan merombak serta membawa perubahan semoga dapat memberi nafas baru kepada MPM. Dengan Motto “Kecemerlangan Mahasiswa,Pemacu Pembangunan Negara” moga-moga dapat menggarap serta merealisasikan cita-cita Universiti untuk melahirkan pelajar yang bertaraf World Class.

Dalam sesi kali ini, saya cuba memberi penekanan kepada 5 tonggak utama iaitu Kebajikan Pelajar, Budaya ilmu & intelektual, Intergrasi Pelajar, Pengantarabangsaan dan Memperkasa Pembangunan Modal Insan. Saya percaya dengan komitmen semua sahabat-sahabat saya di UniKL ini serta sokongan dan dorongan dari pihak pengurusan universiti kita mampu mencorakkan warna-warna kecemerlangan dan menjadikan MPM UniKL sebagai pusat pengurusan ilmu dan terknologi maklumat yang terunggul di pentas antarabangsa.

Saya menyeru kepada semua rakan-rakan agar dapat memberi sokongan serta bersama-sama dalam setiap program MPM. Saya percaya untuk menjadikan mahasiswa UniKL yang “competent” maka kesepaduan ilmu samada ilmu akademik dan ko-kurikulum perlu selari sebagai “value added” dalam melahirkan mahasiwa yang mempunyai personaliti unggul.

“ MPM BERSAMA ANDA”

"DINAMIK, INTEGRITI,KESUNGGUHAN"

Yang Benar:-

AZIM B. FADHILAH

PRESIDEN

MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA

UNIVERSITI KUALA LUMPUR

SESI 2008/2009

2 comments:

  1. Tahniah kepada MPM UniKL kerana menghasilkan blog ini. Semoga kita bersama dapat merealisasikan Visi dan Misi UniKL melalui pandangan, idea dan cadangan pelbagai pihak terutamanya mahasiswa UniKL menerusi blog ini.

    ReplyDelete