Friday, May 8, 2009

Pemilihan MPM UniKL

24 –27 JAN 09, ULU TIRAM Bertempat di Ulu Tiram Indah Village, Johor telah diadakan induksi JPM/ MPM sesi 08/09 dalam merapatkan hubungan dan perkenalan di kalangan barisan JPM setiap kampus. Majoriti daripada ahli-ahli majlis JPM dari sepuluh (10) kampus Universiti Kuala Lumpur (UniKL) iaitu UniKL Malaysia France Institute (Bangi), British Malaysian Institute (UniKL BMI, Gombak), Malaysia Institute Information Technology (MIIT, Kuala Lumpur), Malaysian Institute Aviation Technology (UniKL MIAT, Dengkil), Malaysia Institute Marine Engineering Technology (UniKL MIMET, Perak), Malaysia Spanish Insitute (UniKL MSI, Kedah), Malaysia Institute Chemical Engineering Technology (UniKL MICET), IPROM (UniKL IPROM,Kuala Lumpur), Royal College Medicine Perak (UniKL RCMP, Perak) dan UniKL MITEC, Johor (dikenali sebagai UniKL Pasir Gudang) telah hadir. Dalam pada masa yang sama, tujuan induksi tersebut adalah untuk memilih barisan pimpinan untuk menduduki kerusi ahli-ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM), Universiti Kuala Lumpur bagi sesi 08/09. Mengikut perlembagaan MPM UniKL 16 – 16.1 Kesemua Presiden JPM di peringkat kampus secara automatik terpilih sebagai Ahli MPM Di dalam pemilihan ini, Presiden JPM setiap kampus secara automatiknya telah terpilih untuk menduduki sepuluh kerusi MPM, manakala dua kerusi Exco yang kosong dipertandingkan di antara sepuluh ahli berjawatan Timbalan Presiden 1 dari setiap kampus. Pada sesi undian berlangsung, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) MPM telah mempertandingkan kerusi Exco di kalangan Timbalan Presiden 1.Di dalam undian tersebut, Timbalan Presiden 1, Mohd Shah Redza B. Rosli dari UniKL MFI mendapat undian tertinggi diikuti Mohd Shafiq B Salleh dari UniKL MIMET. Kemudian, ahli-ahli majlis JPM mengundi dalam pemilihan Majlis Tertinggi di kalangan Presiden JPM setiap kampus. Majlis tertinggi terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden 1 & 2, Setiausaha Agung dan Bendahari Kehormat. Pemilihan jawatan tersebut bergantung kepada undian yang tertinggi. Setelah proses mengundi selesai, kerusi Presiden MPM UniKL Sesi 2008/2009 dimenangi oleh Azim B. Fadhilah, Presiden JPM UniKL MIMET berikutan memperolehi undian tertinggi di kalangan Presiden yang bertanding. Berikut adalah barisan pimpinan ahli majlis MPM sesi 2008/2009:-

Majlis tertinggi

Presiden: Azim B Fadhilah (UniKL MIMET)

Timbalan Presiden 1: Muhammad Khairulnizam B. Ja’apar (UniKL MSI)

Timbalan Presiden 2: Ahmad Azri B. Ahmad (UniKL MIAT)

Setiausaha Agong: Hanis Sufia Bt. Abdul Shukor(UniKL MIIT)

Bendahari Kehormat: Mohamad Khairudin b. Mohd Zain (UniKL RCMP)

Majlis Exco

Exco Pendidikan & Kerjaya: Muhamad Fikri B. Mohd Fuad (UniKL MFI)

Exco Kebajikan: Muhd Ihsan Aznan (UniKL MICET)

Exco Sukan & Rekreasi: Mohd Elmi Hakim B. Baharin (UniKL BMI)

Exco Kebudayaan & Keseniaan: Yahya Ahmad Fuad (UniKL IPROM)

Exco Agama & Kerohanian: Mohd Haziq Zakaria (UniKL MITEC)

Exco Latihan & Kepimpinan: Mohd Shafiq B Salleh (UniKL MIMET)

Exco Perhubungan Seranta: Mohd Shah Redza B. Rosli (UniKL MFI)

Setelah proses pemilihan berlangsung, bacaan ikrar di ketuai oleh Azim B Fadhilah, Presiden MPM UniKL Sesi 2008/ 2009 di hadapan Timbalan Presiden UniKL, Prof Abu Talib B. Othman. Semoga barisan pimpinan MPM sesi 2008/2009 mampu menerajui impian, harapan dan perubahan demi pembangunan Mahasiswa UniKL.— Mohd Shah Redza B Rosli, Exco Perhubungan & Seranta, MPM UniKL

No comments:

Post a Comment