Friday, May 8, 2009

Perutusan Presiden MPM UniKL Sesi 08/09


Assalamualaikum wrt wbt.

Salam Ukhuwwah, Salam Persahabatan

Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan TAHNIAH dan SYABAS buat semua pelajar UniKL yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka di dalam pemilihan JPM di peringkat campus cawangan dan juga di peringkat MPM UniKL. Saudara-saudari telah memberikan kepercayaan dan sokongan yang amat jitu. Saya yakin dengan perlantikan barisan JPM dan juga MPM yang baru ini akan menambahkan lagi semangat kita untuk lebih berusaha dan beriltizam menjadi yang terunggul di setiap lapangan yang kita ceburi.

Sesi ini adalah sesi MPP ke-IV sepanjang usia tertubuhnya UniKL. Pada sesi kali ini, MPM diperkuatkan dengan 12 orang Exco dan kami akan merombak serta membawa perubahan semoga dapat memberi nafas baru kepada MPM. Dengan Motto “Kecemerlangan Mahasiswa,Pemacu Pembangunan Negara” moga-moga dapat menggarap serta merealisasikan cita-cita Universiti untuk melahirkan pelajar yang bertaraf World Class.

Dalam sesi kali ini, saya cuba memberi penekanan kepada 5 tonggak utama iaitu Kebajikan Pelajar, Budaya ilmu & intelektual, Intergrasi Pelajar, Pengantarabangsaan dan Memperkasa Pembangunan Modal Insan. Saya percaya dengan komitmen semua sahabat-sahabat saya di UniKL ini serta sokongan dan dorongan dari pihak pengurusan universiti kita mampu mencorakkan warna-warna kecemerlangan dan menjadikan MPM UniKL sebagai pusat pengurusan ilmu dan terknologi maklumat yang terunggul di pentas antarabangsa.

Saya menyeru kepada semua rakan-rakan agar dapat memberi sokongan serta bersama-sama dalam setiap program MPM. Saya percaya untuk menjadikan mahasiswa UniKL yang “competent” maka kesepaduan ilmu samada ilmu akademik dan ko-kurikulum perlu selari sebagai “value added” dalam melahirkan mahasiwa yang mempunyai personaliti unggul.

“ MPM BERSAMA ANDA”

"DINAMIK, INTEGRITI,KESUNGGUHAN"

Yang Benar:-

AZIM B. FADHILAH

PRESIDEN

MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA

UNIVERSITI KUALA LUMPUR

SESI 2008/2009

Pemilihan MPM UniKL

24 –27 JAN 09, ULU TIRAM Bertempat di Ulu Tiram Indah Village, Johor telah diadakan induksi JPM/ MPM sesi 08/09 dalam merapatkan hubungan dan perkenalan di kalangan barisan JPM setiap kampus. Majoriti daripada ahli-ahli majlis JPM dari sepuluh (10) kampus Universiti Kuala Lumpur (UniKL) iaitu UniKL Malaysia France Institute (Bangi), British Malaysian Institute (UniKL BMI, Gombak), Malaysia Institute Information Technology (MIIT, Kuala Lumpur), Malaysian Institute Aviation Technology (UniKL MIAT, Dengkil), Malaysia Institute Marine Engineering Technology (UniKL MIMET, Perak), Malaysia Spanish Insitute (UniKL MSI, Kedah), Malaysia Institute Chemical Engineering Technology (UniKL MICET), IPROM (UniKL IPROM,Kuala Lumpur), Royal College Medicine Perak (UniKL RCMP, Perak) dan UniKL MITEC, Johor (dikenali sebagai UniKL Pasir Gudang) telah hadir. Dalam pada masa yang sama, tujuan induksi tersebut adalah untuk memilih barisan pimpinan untuk menduduki kerusi ahli-ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM), Universiti Kuala Lumpur bagi sesi 08/09. Mengikut perlembagaan MPM UniKL 16 – 16.1 Kesemua Presiden JPM di peringkat kampus secara automatik terpilih sebagai Ahli MPM Di dalam pemilihan ini, Presiden JPM setiap kampus secara automatiknya telah terpilih untuk menduduki sepuluh kerusi MPM, manakala dua kerusi Exco yang kosong dipertandingkan di antara sepuluh ahli berjawatan Timbalan Presiden 1 dari setiap kampus. Pada sesi undian berlangsung, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) MPM telah mempertandingkan kerusi Exco di kalangan Timbalan Presiden 1.Di dalam undian tersebut, Timbalan Presiden 1, Mohd Shah Redza B. Rosli dari UniKL MFI mendapat undian tertinggi diikuti Mohd Shafiq B Salleh dari UniKL MIMET. Kemudian, ahli-ahli majlis JPM mengundi dalam pemilihan Majlis Tertinggi di kalangan Presiden JPM setiap kampus. Majlis tertinggi terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden 1 & 2, Setiausaha Agung dan Bendahari Kehormat. Pemilihan jawatan tersebut bergantung kepada undian yang tertinggi. Setelah proses mengundi selesai, kerusi Presiden MPM UniKL Sesi 2008/2009 dimenangi oleh Azim B. Fadhilah, Presiden JPM UniKL MIMET berikutan memperolehi undian tertinggi di kalangan Presiden yang bertanding. Berikut adalah barisan pimpinan ahli majlis MPM sesi 2008/2009:-

Majlis tertinggi

Presiden: Azim B Fadhilah (UniKL MIMET)

Timbalan Presiden 1: Muhammad Khairulnizam B. Ja’apar (UniKL MSI)

Timbalan Presiden 2: Ahmad Azri B. Ahmad (UniKL MIAT)

Setiausaha Agong: Hanis Sufia Bt. Abdul Shukor(UniKL MIIT)

Bendahari Kehormat: Mohamad Khairudin b. Mohd Zain (UniKL RCMP)

Majlis Exco

Exco Pendidikan & Kerjaya: Muhamad Fikri B. Mohd Fuad (UniKL MFI)

Exco Kebajikan: Muhd Ihsan Aznan (UniKL MICET)

Exco Sukan & Rekreasi: Mohd Elmi Hakim B. Baharin (UniKL BMI)

Exco Kebudayaan & Keseniaan: Yahya Ahmad Fuad (UniKL IPROM)

Exco Agama & Kerohanian: Mohd Haziq Zakaria (UniKL MITEC)

Exco Latihan & Kepimpinan: Mohd Shafiq B Salleh (UniKL MIMET)

Exco Perhubungan Seranta: Mohd Shah Redza B. Rosli (UniKL MFI)

Setelah proses pemilihan berlangsung, bacaan ikrar di ketuai oleh Azim B Fadhilah, Presiden MPM UniKL Sesi 2008/ 2009 di hadapan Timbalan Presiden UniKL, Prof Abu Talib B. Othman. Semoga barisan pimpinan MPM sesi 2008/2009 mampu menerajui impian, harapan dan perubahan demi pembangunan Mahasiswa UniKL.— Mohd Shah Redza B Rosli, Exco Perhubungan & Seranta, MPM UniKL

Kepada Semua Mahasiswa UniKL

Berikutan dengan isu UniKLtipupelajar.blogspot.com, Majlis Perwakilan Mahasiswa akan mengadakan satu mesyuarat pada 14 Mei 2009, bertempat di Chancellory, UniKL Kampus Kota. Pihak MPM juga menyedari kelemahan yang berlaku di dalam pengurusan lebih-lebih lagi di bahagian akaun.

Mahasiswa seharusnya menjadi “conscience of the majority” berlandaskan prinsip murni. Kita harus punyai keberanian dan kebijaksanaan, tidak meluru menghentuk tembok dan tidak menyorok gaya si bacul.

-Pandangan dari Dato Anwar Ibrahim terhadap pimpinan mahasiswa

Selaku para mahasiswa UniKL, kita seharusnya mempunyai keberanian dalam menegakkan kebenaran untuk hak dan kepentingan kita bersama. Janganlah kita menjadi bacul, lantangnya di belakang, tetapi kerdilnya bila berhadapannya. MPM UniKL amat berharap para mahasiswa UniKL akan memberikan kerjasama yang terbaik agar suara mahasiswa UniKL menjadi Kuasa Mahasiswa, dalam merubah UniKL untuk menjadi salah satu Universiti Teknikal yang terbaik.

Wednesday, May 6, 2009

Ucapan Editor Blog MPM UniKL

Salam Perkenalan,salam ukhwah,salam persahabatan.

Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi dalam mengurniakan umur dan daya dalam menghasilkan blog rasmi MPM UniKL. Selaku Exco Perhubungan Seranta MPM UniKL Sesi 08/09, sudah menjadi tugas dan amanah dalam memastikan isu-isu berkaitan Mahasiswa UniKL Diperbincangkan. Antara isu-isu yang sedang hangat dibincangkan ialah isu bayaran yang dikenakan oleh pihak UniKL kepada para mahasiswa. Isu ini telah lama dipersoalkan, namun sehingga kini tidak mempunyai jalan penyelesaian. Jawapan yang diberikan pihak berwajib juga tidak dapat melunaskan persoalan yang masih hangat. UniKL adalah tempat di mana kita menuntut ilmu, dan selaku itu, kita juga adalah “client”. Sebagai seorang client, kita perlu memastikan bayaran yang dibayar setimpal dengan khidmat yang diberikan. Oleh itu, MPM UniKL akan bersama anda dalam memastikan isu ini mendapat penyelesaian. Isu ini akan diperbincangkan di dalam meyuarat MPM UniKL seterusnya. Diharap para mahasiswa UniKL dapat memberikan kerjasama kepada MPM UniKL.

"MPM UniKL bersama anda"

Monday, April 13, 2009

MPM UniKL Blog

Terima Kasih di kerana melayari blog rasmi MPM UniKL Sesi 2008/09. Isi dan kandungan blog ini masih di dalam pembikinan dan dijangka akan siap pada penghujung Mei 09. Sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung dengan Saudara Shah Redza Rosli,Exco Perhubungan Seranta MPM UniKL di talian 0176313662. Terima Kasih